Set Bersalin Shaklee: Pengalaman Saya Berpantang Bersama Shaklee

11:31 AM 0 Comments A+ a-




7 Ogos 2012 yang lalu cahaya mata ke empat saya genap berusia 1 bulan. Tuan puteri bongsu bernama Amani Hasya. Alhamdulillah. Dia sihat. Aktif. Dan comel (hihi.. yg ini semua ibu akn melihat babynya comel kan?). 

Hari Sabtu (11 Ogos 2012) temujanji Hasya yang pertama untuk mendapatkan check up dan suntikan Hepatitis B - nya yang kedua.
Dr Afifah adalah doktor yang anak saya. 
*Personally saya sangat suka dia, sebab dia sangat friendly, mesra dan penyayang - yes, dia pggl Hasya saya 'anak'. Hihi.. Itupun saya dah rasa best kn? The power or words!



First thing she asked me, "Bagi susu apa?"
I replied, "Saya fully breastfeeding" (*i loike)
Dia cek semua - badan, pernafasan, satu badan. Alhamdulillah Hasya saya sihat. Bila timbang.. *Oh my Hasya! Dia naik 1.9kg!

Spontan Doktor Afifah cakap,

"Wah! That's mean susu you berkualiti."
"Yes doc. Saya amalkan vitamin Shaklee" *senyum sampai telinga*
********



My dear Hasya lahir dengan berat 3kg sahaja. Tak berat tak ringan. Just nice je. Dalam sebulan dia naik 1.9kg. Saya takde 'bangga' sangat dengan 'pencapaian' berat badannya yang sangat 'roket' ini. Cuma apa yang saya ingin kongsikan adalah kebaikan Shaklee. Saya amalkan Shaklee semenjak saya mengandungkan Hasya (Set Kehamilan). Dan selepas itu saya add on vitamin sedia ada untuk dijadikan (Set Berpantang) pula. 


Jujur saya katakan, pengalaman mengandung dan bersalinkan Hasya ini suatu pengalaman yang agak menggembirakan bagi saya. Pengaliran susu saya lebih lancar, perasaan lebih tenang dan gembira, proses kelahiran yang agak mudah, Hasya yang agak mudah dijaga dan sebagainya.


Don't get me wrong ya. Pengalaman saya ini bukannya 100% kerana Shaklee. Cuma kebetulannya saya mengamalkan Shaklee. Sedikit sebanyak pasti menyumbang kepada pengalaman gembira saya yang ke empat kan? 
(Please consider saya dah ada 3 pengalaman yang berbeza sebelum ini. :D)

Cuma saya sangat percaya, apabila badan si ibu yang mengandung dan berpantang itu cepat sihat, pastinya emosinya juga gembira. Apabila gembira segala-galanya akan lancar. Sama juga seperti saya. Walaupun ada 3 orang budak kecil lain yang memerlukan perhatian, tetapi saya tetap cool. *Cewah*. Penghasilan dan pengaliran susu saya juga lancar, dan Hasya sehingga saat ini masih meneguk susu ibunya sahaja. *Alhamdulillah*
(Disclaimer: Shaklee TIDAK MENYEBABKAN susu ibu menjadi banyak. Ia cuma membantu sebagai 'milk booster' dan memekatkan susu sahaja (ESP - Yes, ESP membantu memekatkan susu saya, dan Hasya sangat lena tidur walaupun dia cuma menyusu sekejap sahaja-sistem pencernaannya juga berjalan dengan lancar sekali :D). 80% adalah datang daripada usaha anda sendiri, seperti menyusukan bayi anda seawal yang mungkin selepes bersalin, rooming-in bersama bayi semasa di wad, memberi susu mengikut demand bayi, yakin dan setkan minda bahawa anda memang MAMPU dan CUKUP susu untuk bayi anda dan berdoa bersungguh2 pada Allah. KLIK SINI untuk entri 7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan di Hospital Sebelum dan Selepas Bersalin)



Dan kalau anda nak tahu, alhamdulillah saya juga berjaya naik 'ranking' dalam bisnes Shaklee juga dalam tempoh berpantang! Ya! Saya benar-benar proaktif dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang saya.

Jadi saya sangat-sangat percaya apabila tubuh badan kita sihat, emosi pasti gembira dan segala-galanya akan berjalan dengan smooth dan lancar.

Dan saya percaya suplemen Shaklee yang saya amalkan ini adalah antara FAKTOR UTAMA saya cepat sembuh selepes melahirkan Hasya, dan B-Complexnya membantu perasaan saya menjadi tenang. Bila badan sihat, fikiran tak stress alhamdulillah, susu pun sangat mudah untuk dihasilkan. Percayalah. Susu ibu sangat berkait dengan emosi dan kesihatan tubuh badan kita. Sebab tu lah apabila anda demam atau period susu anda akan drop. Dan sebab itulah, apabila anda stress di tempat kerja susu anda akan drop. Percayalah. :) Kerana itu, pemilihan suplemen haruslah diambil daripada suplemen yang terjamin selamat, yang elok, yang terjamin kualitinya. Dan saya memilih Shaklee! :D

Selamat bergembira Sweet Mommies semua! Jadikan pengalaman mengandung, bersalin, berpantang dan penyusuan anda sesuatu yang indah!

Anda mahu berkongsi sesuatu dengan saya?
Anda boleh menghubungi saya melalui:

WhatsApp/Sms: 014-3386810 (Lin)
Emel: lin.sweetbonda@gmail.com